Mahkamah India kekal sabitan Rahul Gandhi dalam kes fitnah Modi


Rahul Gandhi dijatuhi hukuman penjara dua tahun pada Mac susulan ucapannya pada 2019 yang menyentuh keluarga Perdana Menteri Narendra Modi. – Gambar EPA, 8 Julai, 2023.

MAHKAMAH di negeri Gujerat India pada Jumaat mengekalkan sabitan ke atas ketua pembangkang, Rahul Gandhi, atas tuduhan memfitnah.

Rahul dijatuhi hukuman penjara dua tahun pada Mac susulan ucapannya pada 2019 yang menyentuh keluarga Modi menerusi ungkapan “mengapa semua penyamun ada perkataan Modi dalam nama keluarga mereka.”. 

Ucapannya ketika kempen pilihan raya di selatan India itu didakwa merujuk kepada Perdana Menteri Narendra Modi, jutawan berlian dalam buruan Nirav Modi dan bekas ketua Liga Premier India (IPL), Lalit Modi.

Mahkamah Tinggi Gujarat menolak petisyen Rahul yang memohon penangguhan sabitannya oleh mahkamah rendah.

Keputusan bersalah itu menyebabkan ahli politik terkemuka itu hilang kerusi Parlimennya.

Kongres Kebangsaan India yang dipimpin Rahul kini boleh merayu di Mahkamah Agung untuk permohonan membatalkan sabitan itu.

Parti itu akan mengkaji keputusan Mahkamah Tinggi Gujarat dan mengenal pasti semua pilihan undang-undang yang ada, menurut pegawai kanan K.C. Venugopal. – Bernama, 8 Julai, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen