Aktivis disoal siasat selepas persoal status isteri Taib Mahmud


Desmond Davidson

Aktivis Peter John Jaban (kiri) di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching pagi tadi. – Gambar The Malaysian Insight, 7 Julai 2023.

POLIS menyoal siasat aktivis hak asasi manusia Peter John Jaban atas kenyataannya baru-baru ini yang mempersoalkan pengiktirafan status bumiputera yang diberi kepada isteri Yang di-Pertua Negeri Sarawak Abdul Taib Mahmud, Ragad Kurdi Taib yang berketurunan Lubnan dan anaknya Nizar dalam tempoh yang singkat.

Jaban juga mendakwa Ragad menggunakan statusnya itu untuk membeli tanah adat (NCR) di Sarawak.

Timbalan presiden Pertubuhan Hak Asasi Manusia Global itu memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching di Simpang Tiga pada pukul 10 pagi tadi. Beliau ditemani seorang lagi aktivis, Robert Saweng.

Sebelum disoal siasat, Jaban memaklumkan kepada pemberita beliau menuntut polis bertindak ke atas beberapa laporan yang dibuat terhadap Ragad dan Nizar, kerana pengiktirafan status Melanau kepada dua beranak itu menghina orang asal Sarawak tanpa kerakyatan atau dokumen pengenalan diri.

Dalam tuntutannya, Jaban mahu polis menyiasat bagaimana Ragad boleh diberi MyKad dan membeli tanah adat ketika begitu ramai anak tempatan masih menunggu permohonan status kerakyatan mereka diluluskan.

Aktivis itu juga mendakwa penjawat awam mungkin dipaksa supaya menyegerakan proses permohonan bagi individu tertentu atas arahan pihak atasan.

“Mereka langgar peraturan untuk menolong orang yang berkuasa, manakala orang asal diketepikan,” katanya. – 7 Julai 2023.

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen