Pihak berkuasa India lanjut sekatan internet di Manipur hingga 10 Julai


Keganasan bermula pada 3 Mei lalu di Manipur apabila kumpulan puak bertelagah dengan etnik majoriti Meitei, kumpulan bukan etnik, mengenai faedah ekonomi dan kuota kepada golongan terbabit. – Gambar AFP, 7 Julai, 2023.

KERAJAAN tempatan Manipur, India melanjutkan larangan perkhidmatan internet sehingga 10 Julai, menurut seorang pegawai.

Larangan itu dilanjutkan berikutan kebimbangan korban nyawa, kerosakan harta benda dan gangguan terhadap ketenteraman awam dan keharmonian masyarakat, lapor Xinhua.

Keganasan bermula pada 3 Mei lalu, apabila kumpulan puak bertelagah dengan etnik majoriti Meitei, kumpulan bukan etnik, mengenai faedah ekonomi dan kuota yang diberikan kepada golongan terbabit.

Pertempuran menyebabkan lebih 100 terbunuh manakala 60,000 hilang tempat tinggal setakat ini.

Sebagai tindak balas, pihak berkuasa tempatan melaksanakan perintah berkurung dan menguatkuasa larangan menyeluruh terhadap perkhidmatan internet sebagai langkah berjaga-jaga untuk menjaga keamanan di negeri itu.

Pihak berkuasa bimbang mengenai hantaran berbaur menghasut, khabar angin dan penunjuk perasaan melalui pelbagai platform media sosial dan perkhidmatan pesanan. – Bernama, 7 Julai, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen