Bekas presiden Catalonia dihadapkan ke mahkamah Jerman


Penunjuk perasaan membuat demonstrasi di jalanan di Catalonia selepas bekas presiden Carles Puigdemont ditahan di Jerman, semalam. – Gambar AFP, 26 Mac, 2018.

BEKAS presiden Catalonia, Carles Puigdemont akan dibawa ke mahkamah hari ini susulan penahanannya di Jerman yang mencetuskan gelombang bantahan di mana ribuan pemisah berdepan dengan polis.

Polis Jerman menahan Puigdemont semalam, selepas beliau melintas sempadan dari Denmark, di bawah waran Eropah yang dikeluarkan oleh Sepanyol.

Penahanan itu dibuat lima bulan selepas Puigdemont melarikan diri apabila pendakwa raya Sepanyol mahu mendakwanya atas kesalahan fitnah dan pemberontakan ketika undian di Parlimen bagi mengisytiharkan kemerdekaan Catalonia.

Menurut peguamnya Jaume Alonso-Cuevillas, beliau dalam perjalanan ke Belgium, di mana beliau melarikan diri selepas pihak berkuasa mengenakan perintah ke atas Catalonia.

Puigdemont akan dibawa ke hadapan hakim Jerman untuk mengesahkan identitinya dan mahkamah akan memutuskan sama ada beliau akan terus dalam tahanan sehingga prosiding ekstradisinya.

Kekecohan tercetus ketika penunjuk perasaan membuat demonstrasi di jalanan di Catalonia selepas tangkapan itu.

Polis Catalonia terpaksa bertempur dan memukul penunjuk perasaan untuk mengelak orang ramai berarak ke pejabat wakil rakyat Sepanyol di Barcelona, ibu kota wilayah utara paling kaya itu.

Pihak berkuasa melepaskan tembakan amaran ke udara untuk cuba membendung penunjuk perasaan yang menolak polis. Kira-kira 90 orang tercedera termasuk 22 polis.

Ia episod terbaru dalam saga perpecahan Catalonia yang mencetuskan krisis politik paling teruk di Sepanyol. – AFP, 26 Mac, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen