Putin masih percaya kemenangan Russia ke atas Ukraine


Presiden Russia Vladimir Putin tetap yakin dengan kemenangan Moscow menentang Ukraine. Beliau mengarahkan operasi ketenteraan besar-besaran ke atas Ukraine pada Februari 2022. – Gambar AFP, 6 Julai, 2023.

PRESIDEN Russia Vladimir Putin berkata beliau tetap yakin dengan kemenangan Moscow menentang Ukraine, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

“Tiada keraguan mengenainya,” katanya ketika pertemuan dengan graduan universiti pentadbiran awam, lapor Agensi Berita TASS.

Pemimpin Russia itu mengarahkan operasi ketenteraan besar-besaran ke atas Ukraine pada Februari 2022.

Pada masa itu, beliau menyebut mengenai perlindungan terhadap penduduk yang bertutur bahasa Russia di Ukraine dan operasi ketenteraan negara jiran sebagai matlamatnya.

Di samping itu, atas faktor keselamatan negara, Rusia terpaksa menghalang Ukraine daripada menyertai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), kata Putin.

Operasi ketenteraan telah berlanjutan lebih 16 bulan, Russia masih menduduki kawasan luas di Ukraine tetapi masih jauh dari mencapai matlamat perangnya. – Bernama, 6 Julai, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen