Kementerian Kewangan nafi tambahan Sumbangan Tunai Rahmah RM600


Kementerian Kewangan hari ini memaklumkan maklumat mengenai tambahan Sumbangan Tunai Rahmah sebanyak RM600 adalah palsu. – Gambar fail The Malaysian Insight, 5 Julai 2023.

KEMENTERIAN Kewangan (MOF) menafikan maklumat mengenai tambahan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) sebanyak RM600 yang tular di aplikasi Telegram.

Kementerian itu menerusi hantaran di Facebook memaklumkan STR Fasa 3 sudah disalurkan pada 26 Jun lalu dan tempoh permohonan rayuan juga dibuka mulai 3 hingga 31 Julai bagi memastikan program tersebut disasarkan kepada yang layak.

Pemohon boleh mengemukakan dokumen berkaitan untuk semakan semula oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).

“Kementerian Kewangan ingin menegaskan maklumat mengenai tambahan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) sebanyak RM600 adalah palsu,” menurut kenyataan itu.

Ia turut menasihati orang ramai agar mengikuti saluran rasmi bagi mendapatkan maklumat sahih serta memastikan pautan berita adalah sah dan betul. – Bernama, 5 Julai 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen