Dr Mahathir jumpa Muhyiddin, bincang Proklamasi Melayu


Dr Mahathir Mohamad bertemu Pengerusi Perikatan Nasional Muhyiddin Yassin pada malam tadi. – Gambar Khairuddin Abu Hassan, 5 Julai, 2023.

BEKAS perdana menteri Dr Mahathir Mohamad bertemu Pengerusi Perikatan Nasional Muhyiddin Yassin pada malam tadi berhubung pungutan suara Gerakan Proklamasi Orang Melayu, kata penganjurnya.

Pengerusi Sekretariat Proklamasi Orang Melayu Khairuddin Abu Hassan berkata kedua-dua pemimpin tersebut mengetepikan perbezaan di antara mereka demi tujuan tersebut.

Katanya pertemuan selama hampir dua jam itu akan memberi semangat baharu kepada gerakan yang diusahakan Dr Mahahir itu. tersebut.

“Pertemuan yang amat bermakna ini merupakan satu manifestasi penyatuan melayu secara total yang sedang diusahakan oleh Dr Mahathir Mohamad demi memenuhi harapan serta impian keseluruhan orang-orang Melayu,” katanya.

Dr Mahathir menggerakan kempen itu selepas menarik diri dari parti Pejuang, parti yang diasaskannya selepas bergeser dalam parti Bersatu dengan Muhyiddin.

Pejuang kalah dan hilang deposit di semua kerusi yang ditandinginya dalam pilihan raya umum lalu, termasuk Dr Mahathir di kerusi Langkawi.

Gerakan Proklamasi Orang Melayu yang turut didukung PAS, sekutu Bersatu dalam PN berusaha mengadakan perhimpunan sejak Mac lalu namun tidak berjaya.

Dr Mahathir mendakwa acara dibatalkan akibat tekanan daripada kerajaan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim. – 5 Julai, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen