Tentera Arab Saudi pintas 7 peluru berpandu Yaman


Pasukan pertahanan udara Arab Saudi memintas dan memusnahkan tujuh peluru berpandu balistik yang dilancarkan oleh pemberontak Yaman. – Gambar AFP, 26 Mac, 2018.

SEKURANG-KURANGNYA seorang terbunuh sementara dua lagi cedera selepas tentera Arab Saudi memintas tujuh peluru berpandu pemberontak Yaman.

Kejadian itu diumumkan oleh tentera gabungan dipimpin Arab Saudi yang sedang bertempur di Yaman.

“Pasukan pertahanan udara memintas dan memusnahkan tujuh peluru berpandu balistik yang dilancarkan ke arah kerajaan itu,” kata saluran televisyen rasmi Arab Saudi, Al-Akhbariya yang memetik kenyataan tentera gabungan. – AFP, 26 Mac, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen