Timur Indonesia dilanda gempa bumi


Gempa bumi berukuran 6.4 magnitud dilaporkan melanda timur Indonesia awal pada tadi, dan mencetuskan amaran tsunami, tetapi ia dibatalkan tidak lama kemudian. – Gambar EPA, 26 Mac, 2018.

GEMPA bumi berukuran 6.4 magnitud dilaporkan melanda timur Indonesia awal pada tadi, dan mencetuskan amaran tsunami, tetapi ia dibatalkan tidak lama kemudian.

Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat berkata gempa bumi itu melanda di kedalaman 171km pada permukaan bumi di Laut Banda.

Amaran tsunami dikeluarkan oleh Sistem Amaran dan Tebatan Tsunami Lautan Hindi (IOTWMS).

Bagaimanapun, IOTWMS berkata tiada ancaman terhadap mana-mana negara di Lautan Hindi.

Pusat gempa dilaporkan bertempat di Laut Banda, iaitu 380 kilometer dari Ambon, ibu kota wilayah Maluku.

Setakat ini, pihak berkuasa berkata, tiada laporan kematian atau kerosakan diterima. – AFP, 26 Mac, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen