EMPAT orang terbunuh dalam kejadian tembakan di bandar Philadelphia, Amerika Syarikat (AS) lapor Sputnik, memetik stesen penyiar ABC.
Menurut laporan itu, empat lagi cedera selepas kejadian tembakan pada Isnin malam yang berlaku di bahagian Kingsessing, Philadelphia.
Seorang daripada mangsa terbunuh dipercayai remaja, kata polis.
Suspek yang memakai jaket kalis peluru dan bersenjatakan raifal dan pistol ditahan sejurus selepas tembakan, tambah pihak berkuasa. – Bernama, 4 Julai, 2023.
Komen