Hannibal Gaddafi dimasukkan ke hospital akibat mogok lapar


Hannibal Gaddafi dimasukkan ke hospital dan dilaporkan kritikal selepas melancarkan mogok lapar di penjara di Lubnan. – Gambar Facebook, 3 Julai, 2023.

ANAK lelaki bekas pemimpin Libya Muammar Gaddafi dimasukkan ke hospital dan dilaporkan kritikal selepas melancarkan mogok lapar di penjara di Lubnan, lapor Sputnik.

Hannibal, melancarkan mogok lapar pada bulan lalu sebagai membantah tindakan memenjarakannya di Lubnan sejak 2015.

Menurut laporan TV Al-Hadath, paras bacaan gula Hannibal turun mendadak.

Hannibal, ditahan di sempadan Syria-Lubnan selepas dia dan keluarganya menerima suaka politik di Syria berikutan pembunuhan Muammar Gaddafi di Libya pada 2011. – Bernama, 3 Julai, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen