ZAKI Yamani yang mencetuskan kekecohan di media sosial selepas menulis di Twitter mendoakan Presiden PAS Abdul Hadi Awang meninggal dunia, memohon maaf hari ini.
Zaki berkata susulan arahan Perdana Menteri Anwar Ibrahim menerusi Twitter, beliau mengambil keputusan itu.
“Mengambil perhatian ciapan YAB PM @anwaribrahim dan pandangan rakan-rakan, saya memohon maaf kepada isteri-isteri dan keluarga Abdul Hadi Awang andai ciapan saya ini mengguris perasaan,” katanya di Twitter.
Hadi sedang menerima rawatan di hospital kerana keadaan kesihatannya merosot selepas sambutan Hari Raya Aidiladha lalu.
Menerusi tweet Zaki, beliau turut berdoa kematian bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.
Semalam, Anwar mengarahkan permohonan maaf dibuat serta-merta.
Anwar menerusi Twitter berkata kesal dengan tindakan pengguna media sosial tersebut berkongsi ciapan berhubung keadaan kesihatan Hadi uamh sedang dirawat di hospital.
Hadi dibenarkan keluar dari Hospital Sultanah Nur Zahirah, Terengganu semalam. – 3 Julai, 2023.
Komen