TIGA kanak-kanak dan seorang wanita maut dalam kebakaran di pusat membeli belah Siberia, kata Jawatankuasa Penyiasatan Russia pada Ahad.
Keempat-empat mangsa ditemui mati selepas api marak di pusat membeli belah “Winter Cherry” di Kemerovo, sebuah bandar industri di pusat Siberia.
“Empat kematian diketahui setakat ini, termasuk tiga kanak-kanak dan seorang wanita yang berada di bilik permainan sewaktu kebakaran berlaku,” kata Jawatankuasa Penyiasat dalam satu kenyataan.
Manakala, 26 orang lagi mangsa dihantar ke hospital untuk rawatan, tambah jawatankuasa itu.
Pihak berkuasa percaya kebakaran bermula di salah sebuah bilik pawagam di pusat membeli belah tersebut.
Media Rusia melaporkan yang lebih 200 orang telah dibawa keluar dari bangunan tersebut. – AFP, 25 Mac, 2018.
Komen