Keluarga umum Hadi jatuh sakit, terima rawatan di hospital


Presiden PAS Abdul Hadi Awang dimasukkan ke hospital dan sedang menjalani rawatan kesihatan. – Gambar fail The Malaysian Insight, 1 Julai, 2023.

PRESIDEN PAS Abdul Hadi Awang kini sedang menerima rawatan di hospital selepas jatuh sakit, menurut anggota keluarga ahli Parlimen Marang itu.

Anak kelakinya Muhammad Khalil berkata, Hadi sudahpun keuzuran ketika hadir ke pelancaran jentera Pemuda PAS Terengganu beberapa hari lalu sebelum sambutan Hari Raya Aidiladha.

“Mohon doa dan solat hajat khusus untuk kesembuhan ayahanda tuan guru. Kesihatan ayahanda sedikit merosot sebelum Aidiladha, dan kini sedang menerima rawatan dan pemantauan lanjut oleh pihak doktor di hospital.

“Malah kehadiran ayahanda ke pelancaran jentera pilihan raya Dewan Pemuda PAS Nengeri Terengganu tempoh hari sudah pun dalam keadaan keuzuran, namun tetap digagahkan dirinya.

“Semoga Allah mengurniakan kesihatan dan kesejahteraan kepada ayahanda tuan guru, berkat doa yang dipanjatkan oleh kita semua,” katanya yang tidak menyebut tempat Hadi menerima rawatan.

Hadi, 75, pada awal bulan lalu dilaporkan menerima rawatan sekali lagi di Institut Jantung Negara.

Beliau menerima rawatan di hospital sama dua kali  pada April lalu. Sebelum itu pada Februari, beliau menerima rawatan kerana mengalami sesak nafas. – 1 Julai, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen