IMF lulus AS$890 juta pakej sokongan untuk Ukraine 


Tabung Kewangan Antarabangsa mengesahkan bahawa pihak berkuasa Ukraine telah mencapai kemajuan besar dalam memenuhi komitmen mereka meski berdepan keadaan sukar. – Gambar EPA, 30 Jun, 2023.

TABUNG Kewangan Antarabangsa (IMF) telah meluluskan satu lagi suntikan tunai kepada Ukraine, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Lembaga eksekutif itu telah menyelesaikan semakan awal program bantuan berjumlah AS$15.6 bilion (€14.4 bilion), yang membolehkan Ukraine mendapat akses segera kepada kira-kira AS$890 juta, menurut IMF pada Jumaat.

Wang itu akan digunakan untuk menyokong bajet.

Program pinjaman – yang dikenali sebagai Kemudahan Dana Lanjutan telah diluluskan pada Mac dan merupakan sebahagian daripada pakej sokongan sebanyak AS$115 bilion untuk Ukraine.

IMF mengesahkan bahawa pihak berkuasa Ukraine telah mencapai “kemajuan besar dalam memenuhi komitmen mereka meski berdepan keadaan sukar”. – Bernama, 30 Jun, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen