Remaja Australia dituduh memandu secara bahaya sebabkan kematian 


SEORANG gadis didakwa memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian di Locksley pada Rabu, menurut polis tempatan.

Kemalangan melibatkan sebuah kereta Holden Captiva berwarna kelabu yang dinaiki tiga orang bertembung dengan sebuah lori di lebuh raya Hume pada 8:30 pagi waktu tempatan.

Seorang gadis berumur 15 tahun, yang merupakan penumpang hadapan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala seorang lagi penumpang lelaki dilapor mengalami cedera ringan.

Pemandu perempuan berumur 14 tahun turut mengalami kecederaan.

Sementara itu, pemandu lori berusia 45 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Menurut Polis Victoria, pemandu itu didakwa memandu secara berbahaya. Dia dijangka hadir di mahkamah kanak-kanak pada tarikh yang akan ditentukan kelak.

Angka terkini menunjukkan bahawa Victoria telah mencatat 154 kematian akibat kemalangan pada tahun ini, meningkat sebanyak 30.5% berbanding dengan tempoh yang sama tahun lepas. – Bernama, 30 Jun, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen