MENTERI Luar India S. Jaishankar dan Setiausaha Hal Ehwal Luar Filipina Enrique Manalo pada Khamis memutuskan untuk mengukuhkan lagi perkongsian dua hala dalam bidang seperti maritim, angkasa lepas, penguatkuasaan undang-undang, perdagangan dan pelaburan, lapor Xinhua.
Manalo dilaporkan dalam rangka lawatan rasmi ke India dari 27-30 Jun.
Kedua-dua menteri luar itu mempengerusikan mesyuarat kelima Suruhanjaya Kerjasama Dua Hala di New Delhi pada Khamis.
Mereka turut menekankan keperluan untuk mengembangkan kerjasama pelancongan dan pertukaran rakyat dengan rakyat antara kedua-dua negara.
Selain itu, kerjasama dalam sektor pertanian turut diperhebatkan. – Bernama, 30 Jun, 2023.
Komen