Mexico keluar amaran taufan 


Beatriz diramalkan mencapai kekuatan taufan pada Jumaat yang menyebabkan hujan, angin kencang dan ombak tinggi di bahagian Mexico. – Gambar EPA, 30 Jun, 2023.

PAKAR meteorologi mengeluarkan amaran taufan untuk kawasan barat daya Mexico ketika ribut tropika Beatriz semakin kuat di Pasifik, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Beatriz diramalkan mencapai kekuatan taufan pada Jumaat, menurut Pusat Taufan Kebangsaan Amerika Syarikat. Taufan itu menyebabkan hujan, angin kencang dan ombak tinggi di bahagian Mexico.

Ribut mencecah angin sehingga 65km sejam pada petang Khamis kira-kira 170km barat daya Punta Maldonado, di negeri selatan Guerrero.

Ribut tropika dianggap sebagai taufan apabila angin mencapai kelajuan 119km sejam. Amaran taufan terpakai untuk bahagian pantai antara Zihuatanejo di Guerrero dan Playa Pérula di negeri barat Jalisco.                  

Destinasi pelancongan seperti Ixtapa, Careyes dan Manzanillo terletak di rantau ini.

Musim siklon tropika bermula di Pasifik pada 15 Mei dan di Atlantik pada 1 Jun. Ia berakhir di kedua-dua wilayah pada 30 November. – Bernama, 30 Jun, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen