POLIS Perancis bersiap sedia menghadapi protes lebih ganas susulan kes tembakan maut seorang remaja oleh anggota polis yang mengakibatkan pihak berkuasa kini bergelut untuk membendung kemarahan yang semakin meruncing.
Sumber polis memberitahu, dalam satu nota keselamatan dalaman, malam beberapa hari akan datang ini dijangka beberapa siri keganasan tercetus di bandar dengan sasaran kepada pelanggaran arahan dan cubaan merosakkan simbol negara.
Clamart, kawasan pinggir Paris mengisytiharkan perintah berkurung semalaman, antara 9 malam dan 6 pagi bermula dari Khamis hingga Isnin depan.
Perancis berdepan protes sejak dua malam berturut-turut selepas seorang remaja berusia 17 tahun bernama Nahel ditembak pada Selasa ketika berhenti untuk diperiksa polis, di mana insiden turut dirakamkan dalam video.
“Saya tidak salahkan polis. Saya salahkan seorang saja, orang yang sudah meragut nyawa anak saya,” kata ibu Nahel, Mounia, kepada saluran France 5 dalam wawancara media pertamanya sejak insiden itu. – AFP, 30 Jun, 2023.
Komen