Masalah negara bermula di bawah pemerintahan Muhyiddin, kata Ramasamy


P Ramasamy berkata Muhyiddin Yassin tidak seharusnya mengkritik pentadbiran Anwar Ibrahim secara membabi buta kerana gabungan Perikatan Nasional yang menjadi punca utama ketidakstabilan kerajaan sekarang. – Gambar fail The Malaysian Insight, 29 Jun, 2023.

MUHYIDDIN Yassin tidak seharusnya mengkritik pentadbiran Anwar Ibrahim secara membabi buta kerana gabungan Perikatan Nasional yang menjadi punca utama ketidakstabilan kerajaan sekarang, kata P Ramasamy.

Timbalan ketua menteri Pulau Pinang ll berkata masalah yang dihadapi oleh kerajaan perpaduan bukan disebabkan oleh kepimpinan Anwar tetapi tinggalan dua kerajaan terdahulu PN dan Barisan Nasional yang tidak cekap.

Ramasamy membalas kenyataan Muhyiddin baru-baru ini bahawa kerajaan perpaduan tidak mempunyai harapan, tiada hala tuju dan tidak mempunyai jawapan kepada kemerosotan nilai ringgit, keadaan ekonomi dan nasib menyedihkan masyarakat B40.

“Saya tidak fikir Anwar memperkecilkan masalah ekonomi dan kewangan negara.

“Beliau mungkin berkuasa selama beberapa bulan tetapi beliau pastinya tidak berpuas hati dengan kejayaannya.

“Ia perlukan usaha berterusan dan tanpa henti untuk kestabilan politik, ekonomi dan politik yang berkekalan,” kata Ramasamy.

Pemimpin DAP itu berkata Anwar melakukan yang terbaik untuk menangani pelbagai masalah ekonomi dan sosial yang ditinggalkan oleh gabungan PN.

“Anwar tidak berpura-pura bahawa beliau mempunyai semua jawapan, tetapi penyelesaian perlu dicari dalam proses politik yang berlaku dalam keadaan sukar,” katanya.

Beliau juga menegaskan kerajaan perpaduan yang diterajui oleh Anwar tidak ditempa di bawah iklim politik yang ideal kerana ia ditubuhkan untuk memastikan kestabilan politik dan untuk menggagalkan reka bentuk besar gabungan PN untuk membentuk kerajaan di bawah afidavit bersumpah yang meragukan. – Bernama, 20 Februari, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen