JET-jet tentera udara Israel menyerang Hamas di Gaza semalam, selepas Palestin mengadakan serangan merentas sempadan ke selatan Israel, kata tentera awal pagi ini.
“Jet pejuang tentera udara Israel menyasarkan sebuah kompleks tentera milik Hamas di Rafah, selatan Semenanjung Gaza,” kata tentera dalam satu kenyataan berbahasa Inggeris.
Serangan ke atas wilayah itu berlaku selepas empat warga Palestin “membawa beberapa botol berisi bahan mudah terbakar” melintasi pagar sempadan berdekatan kibbuts selatan Kissufim pada Sabtu, kata tentera, seperti dipetik akhbar Haaretz milik Israel.
Di sana, seorang jurucakap tentera memberitahu, mereka cuba menghalakan jentera berat yang digunakan di sekatan sempadan. Jentera itu bagaimanapun rosak dan penyerang melarikan diri ke Gaza, katanya.
Tiada kematian dilaporkan.
Israel menawan Hamas yang memerintah Gaza, bertanggungjawab ke atas semua serangan yang dilancarkan dari wilayah pantai yang dikawal.
Bulan lalu, berlaku keganasan rentas sempadan, yang dilihat sebagai antara paling serius semenjak Israel dan Hamas berperang pada 2014 - ketiga sejak 2008.
Selepas serangan bom yang mencederakan empat tentera Israel yang sedang memeriksa sempadan pada 17 Februari lalu, Israel telah membalas dengan menyerang 18 bangunan Hamas melalui dua serangan udara.
Tentera darat Israel juga membunuh dua remaja Palestin melalui serangan rentas sempadan.
Ahad lalu, Israel berkata tentera udaranya menyerang bangunan Hamas di Semenanjung Gaza, sambil menambah pasukan tenteranya telah meletupkan terowong yang mungkin digunakan untuk menyerang Israel. – AFP, 25 Mac, 2018.
Komen