DUN Negeri Sembilan bubar 1 Julai, kata Aminuddin


DUN Negeri Sembilan akan dibubarkan Sabtu ini bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri diadakan, kata Menteri Besar Aminuddin Harun. – Gambar Facebook, 28 Jun, 2023.

DEWAN Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan akan dibubarkan Sabtu ini (1 Julai), bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri (PRN) diadakan.

Menteri Besar Aminuddin Harun berkata tarikh itu dicadangkan dan mendapat perkenan Yang Dipertuan Besar Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir.

“Pada pagi ini saya mendapat perkenan Yang Dipertuan Besar Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir untuk menandatangani watikah membubarkan DUN Negeri Sembilan bagi memberi ruang PRN diadakan.

“Alhamdulillah, tarikh pembubaran 1 Julai ini,” katanya kepada pemberita di Wisma Negeri di Seremban, hari ini.

Terdahulu, Aminuddin tiba di Istana Hinggap pada 10 pagi untuk menghadap Tuanku Muhriz bagi memohon perkenan baginda tarikh pembubaran DUN. – Bernama, 28 Jun, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen