SELANGOR mengisytiharkan cuti tambahan pada Jumaat untuk penjawat awam di bawah pentadbiran negeri, kata Setiausaha Kerajaan Negeri Haris Kasim.
Haris berkata cuti tambahan itu adalah sempena Hari Raya Aidiladha yang jatuh pada Khamis.
Beliau berkata cuti tambahan itu adalah khas untuk penjawat awam yang berkhidmat di jabatan dan agensi negeri serta kerajaan tempatan.
“Bagaimanapun Badan Berkanun, anak syarikat kerajaan negeri dan pihak swasta adalah tidak tertakluk kepada arahan ini dan terpulang kepada majikan masing-masing selaras dengan Akta Kerja 1955 ( Akta 265)” katanya.
Ini adalah kali pertama negeri ini mengisytiharkan cuti tambahan hari untuk Hari Raya AidilAdha.
Hari Raya Aidiladha disambut selama dua hari di Kelantan, Terengganu dan Kedah. – 27 Jun, 2023.
Komen