Bangunan 13 tingkat di Mesir runtuh, seorang maut


Bangunan 13 tingkat yang runtuh di bandar Iskandariah di utara Mesir pada Selasa. – Gambar AFP, 27 Jun 2023.

SEORANG maut selepas bangunan 13 tingkat runtuh di bandar Iskandariah di utara Mesir, menurut Kementerian Kesihatan pada Selasa, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Mayat ditemukan petang Isnin, beberapa jam selepas runtuhan ketika penyelamat bertungkus lumus mengalihkan serpihan dan mencari mangsa.

Gabenor Iskandariah Mohammed al-Sherif berkata empat orang cedera.

Bangunan itu “terbelah” sebelum ia runtuh, kata gabenor. Tingkat terakhir bangunan dibina tanpa kelulusan dan terdapat perintah untuk merobohkannya.

Kebanyakan pangsapuri digunakan sebagai penginapan percutian musim panas, kata al-Sherif.

Kejadian itu berlaku menjelang perayaan Aidiladha, cuti utama di Mesir yang akan disambut pada Rabu. – Bernama, 27 Jun 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen