TUJUH orang dilaporkan hilang selepas tanah runtuh melanda sebuah daerah di wilayah Sichuan di barat daya China pada awal pagi Selasa, lapor Xinhua.
Hujan lebat mencetuskan kejadian tanah runtuh di perbandaran Miansi dan Weizhou di Daerah Wenchuan, menurut biro pengurusan kecemasan daerah itu.
Setakat 10.32 pagi Selasa, lebih 900 orang dipindahkan.
Lebih 400 pekerja penyelamat masih menjalankan misi mencari dan menyelamat. – Bernama, 27 Jun, 2023.
Komen