SATU siasatan sedang dijalankan terhadap kemungkinan pelajar sebuah sekolah keracunan selepas lawatan mereka ke sebuah restoran di St Petersburg, lapor pejabat pendakwa raya bandar itu pada Isnin.
Menurut pejabat pendakwa raya, ramai pelajar tidak sihat selepas makan di restoran itu.
Pejabat pendakwa raya juga memulakan siasatan di mana semua keadaan kejadian akan dinilai dan pakar dari pihak berkuasa kawal selia sedang menjalankan pensampelan produk makanan yang diperlukan, lapor Xinhua.
Media tempatan sebelum ini melaporkan berpuluh-puluh pelajar gred sembilan dari sekolah di St. Petersburg disyaki keracunan selepas menghadiri majlis graduasi di sebuah restoran, dengan beberapa orang dimasukkan ke hospital.
Agensi Berita RIA Novosti memetik sumbernya dalam agensi penguatkuasaan undang-undang melaporkan lebih 40 pelajar menunjukkan simptom keracunan dan tiga dimasukkan ke hospital.
Sementara itu, simptom yang sama turut dialami beberapa guru dan ibu bapa. – Bernama, 27 Jun, 2023.
Komen