PRN: Komitmen BN terhadap DAP baik, kata Loke


Setiausaha Agung DAP Anthony Loke berkata Barisan Nasional menyatakan komitmen yang cukup baik terhadap DAP dalam menghadapi PRN tidak lama lagi. – Gambar fail The Malaysian Insight, 26 Jun, 2023.

BARISAN Nasional (BN) menyatakan komitmen yang cukup baik terhadap DAP dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi, kata Setiausaha Agung DAP Anthony Loke.

Beliau berkata komitmen BN itu dinyatakan Pengerusi BN Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga timbalan perdana menteri. 

“Saya dengar komitmen Pengerusi BN cukup baik. Kita mengambil komitmen daripada Pengerusi BN sendiri, dan pandangan lain, kita tidak ambil kira,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Ke-3 Persatuan Pengusaha Pusat Latihan Memandu Malaysia di Putrajaya hari ini.

Enam negeri yang akan mengadakan PRN tidak lama lagi ialah Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Setakat ini Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan dan Selangor masing-masing dibubarkan pada hari Khamis dan Jumaat lepas. – Bernama, 26 Jun, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen