Aktres pornografi mahu dedah hubungannya dengan Trump


Pelakon pornografi Stormy Daniels akan tampil dalam program temu bual 60 Minutes hari ini untuk mendedahkan tentang hubungan intimnya dengan Presiden Donald Trump. – Gambar AFP, 25 Mac, 2018.

PELAKON pornografi Stormy Daniels akan tampil dalam program temu bual yang dinantikan dan bakal mendedahkan dakwaan hubungan sulitnya dengan Presiden Donald Trump sedekad sebelum menyertai pilihan raya presiden.

Bertentangan dengan amalan biasanya, CBS tidak menyiarkan sedutan temu bual itu yang akan disiarkan pada Ahad jam 7 malam waktu tempatan menerusi program utama stesen televisyen itu “60 Minutes”.

Daniels sebelum ini bercakap tentang hubungan sulit itu termasuk menerusi Twitter: “Secara teknikalnya saya tidak tidur dengan POTUS 12 tahun lalu. Tidak tidur (hehe) dan dia hanya bintang realiti TV.”

Daniels dibayar AS$130,000 oleh peguam peribadi Trump, Michael Cohen sebagai sebahagian daripada perjanjian kerahsiaan yang ditandatanganinya sebelum pemilihan presiden AS 2016, membawa kepada dakwaan bahawa bayaran itu sebahagian daripada sumbangan tidak sah untuk kempen Trum.

Daniels atau nama sebenarnya Stephanie Clifford memfailkan saman menerusi peguamnya awal bulan ini untuk membatalkan perjanjian penyelesaian sulit itu.

Dalam tuntutan itu, Daniels mendakwa mula mengadakan “hubungan intim” dengan Trump pada musim panas 2006, berterusan hingga 2007.

White House menafikan hubungan seksual antara Trump dan Daniels. – AFP, 25 Mac, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen