MPKB kompaun wanita bukan Islam pakai seluar pendek


Seorang wanita pemilik kedai baju di Kota Baharu dikompaun MPKB kerana berpakaian tidak sopan. – Gambar Facebook, 26 Jun, 2023.

PEGAWAI penguatkuasa Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) mengenakan kompaun terhadap seorang wanita kerana berpakaian mencolok mata, menurut laporan Sin Chew.

Wanita terbabit yang juga pemilik kedai baju memakai kemeja T dan seluar pendek hingga ke paras atas paha.

Wanita dikenali sebagai Lee berkata kedainya dibuka sejak dua tahun lalu, dan ini kali pertama dia berdepan masalah seperti itu.

Katanya kepada Sin Chew, dia memakai seluar pendek dan kemeja T ketika bekerja setiap hari.

Sebelum ini, dia bekerja di kedai gunting rambut dan berpakaian seperti itu juga tetapi tidak pernah dikenakan kompaun.

“Di kedai saya ini, kebanyakan pelanggan adalah wanita Cina,” katanya.

MPKB mengenakan kompaun kepadanya mengikut Seksyen 34(2)(b) Undang-undang Kecil dan Tred Perniagaan dan Perindunstrian 2019.

The Malaysian Insight sedang cuba mendapatkan maklum balas daripada MPKB. – 26 Jun, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen