Banjir di Assam, India jejaskan setengah juta penduduk


Lebih 490,000 orang dilapor terjejas banjir di 16 daerah akibat hujan lebat di timur laut India. – Gambar AFP, 25 Jun 2023.

BANJIR akibat hujan lebat di negeri Assam, timur laut India menjejaskan hampir setengah juta orang.

Paras air meningkat secara mendadak di Brahmaputra dan sungai-sungai lain.

Lebih 490,000 orang dilapor terjejas banjir di 16 daerah, lapor media tempatan hari ini.

Sekurang-kurangnya tiga kematian dilaporkan setakat ini manakala banjir merosakkan tanaman, jalan raya dan jambatan di pelbagai kawasan di negeri ini.

Hujan juga mencetuskan kejadian tanah runtuh di beberapa tempat.

Lebih 81,000 orang ditempatkan di 101 kem bantuan, menurut agensi pengurusan bencana negeri itu pada Sabtu.

“Saya bercakap dengan Ketua Menteri Himanta Biswa Sarma dan memberi jaminan semua bantuan akan disalurkan,” kata Menteri Dalam Negeri India, Amit Shah. – Bernama, 25 Jun 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen