PRESIDEN Donald Trump menekankan kepentingan negara Teluk bersatu ketika bercakap dengan Raja Arab Saudi, Raja Salman, semalam, mengenai krisis yang menyebabkan beberapa sekutu utama Amerika Syarikat (AS) di rantau itu berpecah.
Trump dan Raja Salman bercakap menerusi telefon selepas Arab Saudi memutuskan hubungan dan mengenakan sekatan terhadap Qatar kerana membiayai kumpulan pengganas Islam.
“Kedua-dua pemimpin itu berbincang mengenai cara mencegah pembiayaan organisasi pengganas dan penganjuran ekstremisme oleh mana-mana negara di rantau ini,” menurut kenyataan dikeluarkan White House.
“Mesej presiden ialah kita perlu bersatu di rantau ini untuk berjuang menentang ideologi pelampau dan pembiayaan pengganas.
“Penting bagi negara Teluk bersatu demi keamanan dan keselamatan di rantau ini, ” kata pegawai White House. – AFP, 7 Jun, 2017.
Komen