Amazon tambah pelaburan AS$15 bilion di India


Amazon umum rancangan meningkatkan pelaburan AS$15 bilion di India, menjadikan jumlah pelaburan di negara itu kepada AS$26 bilion. – Gambar EPA, 24 Jun, 2023.

GERGASI e-dagang Amazon mengumumkan rancangan meningkatkan pelaburan sebanyak AS$15 bilion di India, menjadikan jumlah pelaburan di negara itu kepada AS$26 bilion, lapor Xinhua.

Pengumuman itu dibuat oleh Ketua Pegawai Eksekutif Amazon Andy Jassy, selepas bertemu Perdana Menteri India Narendra Modi di Washington pada Jumaat.

Pejabat Perdana Menteri India memaklumkan Modi dan Jassy mengadakan perbincangan mengenai e-dagang serta potensi kerjasama selanjutnya dengan Amazon membabitkan sektor logistik di India.

“Perdana Menteri mengalu-alukan inisiatif Amazon untuk mempromosikan pendigitalan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PKS) di India,” menurut PMO dalam satu kenyataan. – Bernama, 24 Jun, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen