PARTI pemerintah Ivory Coast menang besar dalam pilihan raya senat pertamanya semalam, yang diboikot oleh pembangkang kerana mendakwa suruhanjaya pilihan raya negera itu berat sebelah.
Melalui keputusan yang diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Bebas, pakatan The Rally of Houphouetists for Democracy and Peace menang 50 daripada 66 kerusi yang dipertandingkan.
Presiden Alassane Outtara akan melantik 33 lagi senator.
Pembangkang telah menyeru kepada satu pembaharuan bagi suruhanjaya itu dan semua pilihan raya - termasuk pilihan raya presiden dan perbandaran di masa depan - ditangguhkan.
Senat ditubuhkan pada 2016 di bawah Perlembagaan baharu, susulan satu referendum.
Kira-kira 3,000 orang terbunuh apabila penyokong lawan bertempur di jalan-jalan raya Abidjan selepas pilihan raya presiden yang menjadi pertikaian pada 2010.
Bekas presiden Laurent Ggagbo kini sedang dibicarakan di The Hague kerana didakwa menghasut aktiviti keganasan selepas kalah kepada Outtara pilihan raya presiden lalu. – AFP, 25 Mac, 2018.
Komen