Angka kematian bot karam di Filipina meningkat kepada 2 orang


Kapal Genesis 2 karam di perairan bandar Banganga di wilayah Davao Oriental pada 1 pagi waktu tempatan semalam, ketika laut bergelora. – Gambar Facebook, 23 Jun, 2023.

ANGKA kematian dalam kejadian bot nelayan karam di selatan Filipina pada semalam meningkat kepada dua dan usaha masih diteruskan untuk mencari tujuh lagi yang hilang, kata Pengawal Pantai Filipina (PCG), lapor Xinhua.

PCG berkata penyelamat menemukan  mayat kedua dari kapal, Genesis 2, yang karam di perairan bandar Banganga di wilayah Davao Oriental pada 1 pagi waktu tempatan Khamis ketika laut bergelora.

Pengawal pantai pada mulanya berkata 24 berada di atas bot itu, namun hari ini ia menjelaskan 23 penumpang berada di atas kapal dengan 14 daripadanya berjaya diselamatkan manakala tujuh masih hilang.

Kemalangan maritim merupakan perkara biasa di Filipina disebabkan oleh kekerapan ribut, kapal yang tidak diselenggara dengan baik, kesesakan serta penguatkuasaan peraturan keselamatan yang lemah. – Bernama, 23 Jun, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen