SEORANG lelaki ditahan di lapangan terbang Heathrow dalam sebahagian siasatan berhubung serangan pengganas di Manchester, kata polis Britain hari ini.
“Lelaki berusia 38 tahun itu ditahan atas kesalahan disyaki terlibat dalam Akta Keganasan.
“Penahanannya dirancang terlebih dulu dan tidak ada ancaman langsung terhadap lapangan terbang itu,” kata polis dalam satu kenyataan.
Polis tidak mengesahkan bila suspek ditahan di lapangan terbang paling sibuk di Eropah itu, atau sama ada dia baru mendarat tiba di lapangan terbang berkenaan sebagai sebahagian prosedur ekstradisi.
Penahanan itu dibuat dua minggu selepas serangan pada 22 Mei di Manchester Arena ketika konsert bintang pop Amerika Syarikat, Ariana Grande.
Serangan bom itu dilakukan Salman Abedi menyebabkan 22 orang terbunuh termasuk kanak-kanak, dan mencederakan lebih 100 yang lain.
Seramai 19 individu ditahan di Britain dan 12 dibebaskan tanpa didakwa.
Abang dan bapa Abedi juga ditahan di Libya, di mana pihak berkuasa berkata dua beradik itu sebahagian daripada kumpulan militan IS yang mendakwa bertanggungjawab atas serangan maut itu. – AFP, 7 Jun, 2017.
Komen