POLIS di Queensland, Australia berkata dadah dan wang tunai bernilai AUD$4.7 juta (AS$3.2 juta) berjaya dirampas, berikutan penahanan 11 individu dalam serbuan di Brisbane dalam tempoh enam bulan lalu, lapor Xinhua.
Menurut kenyataan dikeluarkan oleh polis Queensland, operasi khas dilancarkan untuk menyiasat sindiket jenayah yang terlibat dalam pengedaran kokain dan methamphetamine di Safe Night Precincts, Brisbane.
Selepas melaksanakan beberapa waran geledah, polis merampas 33 kilogram (kg) metamphetamine, 2.3 kg kokain, 1.5 kg kristal ais dan wang tunai lebih AUD$1.8 juta.
Pihak berkuasa turut merampas lapan senjata api, dua kenderaan dan peralatan membuatan dadah. – Bernama, 22 Jun, 2023.
Komen