BAYARAN Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 akan dibayar sebelum Hari Raya Aidiladha, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
Katanya, penerima akan mendapat bayaran antara RM100 hingga RM1,300 mengikut kategori dari peruntukan berjumlah lebih RM2 bilion itu.
“Ini adalah bagi meringankan beban kewangan rakyat,” katanya yang juga menteri kewangan.
Penerima dengan akaun bank akan mendapat bayaran bermula 26 Jun hingga 5 Julai manakala penerima tanpa akaun bank akan menerima bermula 26 Jun di cawangan Bank Simpanan Nasional.
Sebelum ini STR fasa pertama dan kedua disalurkan masing-masing pada Januari dan April lepas.
Ketiga-tiga fasa STR itu melibatkan peruntukan pembayaran berjumlah RM5 bilion bagi 2023 dan pembayaran fasa keempat STR dijangka pada November ini. – 22 Jun, 2023.
Komen