Gempa kuat 6.3 landa Papua New Guinea


Negara kepulauan Pasifik itu dilanda gempa berukuran 7.5 pada 26 Februari lepas yang menyebabkan tanah runtuh dan meruntuhkan rumah membunuh sekurang-kurangnya 125 orang. – Gambar AFP, 24 Mac, 2018.

GEMPA bumi kuat berukuran 6.3 magnitud melanda kepulauan New Britain di Papua New Guinea hari ini, kata pakar gempa bumi AS tetapi tiada amaran tsunami atau laporan kerosakan dikeluarkan.

Gempa yang berlaku pada jam 9.23 malam waktu tempatan dengan kedalaman 67 kilometer berjarak 175 kilometer dari bandar New Britain, Rabaul.

Pusat Amaran Tsunami Pasifik mengatakan gempa itu tidak mencetuskan risiko tsunami.

Negara kepulauan Pasifik itu dilanda gempa berukuran 7.5 pada 26 Februari lepas yang menyebabkan tanah runtuh dan meruntuhkan rumah membunuh sekurang-kurangnya 125 orang.

Papua New Guinea terletak atas lingkaran api pasifik, kawasan utama gempa bumi dunia.

Kawasan bergunung dan jauh di pendalaman menyebabkan maklumat kerosakan gempa itu mengambil masa beberapa hari untuk sampai ke agensi bantuan. – AFP, 24 Mac, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen