Mahu elak peperiksaan, pelajar di Sarajevo buat panggilan bom palsu


Polis berkata jumlah sekolah dan universiti yang terpaksa dikosongkan sejak beberapa minggu lalu meningkat, malah pasukan anjing pengesan turut dihantar untuk mengesan bahaya. – Gambar AFP, 24 Mac, 2018.

SEKOLAH di ibu kota Bosnia, Sarajevo dilanda panggilan palsu ancaman bom sebanyak hampir 20 kali sejak dua minggu lalu, polis mengesyakinya dilakukan pelajar cuba mengelak peperiksaan.

Polis berkata jumlah sekolah dan universiti yang terpaksa dikosongkan sejak beberapa minggu lalu meningkat, malah pasukan anjing pengesan turut dihantar untuk mengesan bahaya.

Anehnya, semua kes itu berlaku ketika peperiksaan akan dijalankan. Tetapi polis mengatakan mereka tidak mahu mengambil risiko.

“Semuanya palsu, tetapi kami tak boleh abaikan memandangkan keselamatan kanak-kanak jadi taruhan,” kata jurucakap polis Suvada Kuldija kepada AFP.

Motif utama adalah untuk mengelak peperiksaan, cadang jurucakap itu lagi.

Ibu bapa juga meluahkan kebimbangan.

“Kami tak mahu anak-anak kami terpaksa keluar kelas dengan rasa panik, terlepas waktu pengajaran dan menunggu di luar dalam keadaan sejuk menunggu kelas dimulakan semula,” kata sebuah persatuan ibu bapa.

Pihak polis sudah mengatur jadual mengadakan lawatan ke sekolah untuk menjelaskan bahaya mewujudkan amaran bom palsu sebegitu. – AFP, 24 Mac, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen