SEORANG polis terbunuh hari ini dalam serangan bom di Kaherah, Mesr yang terkena konvoi membawa ketua pasukan keselamatan, kata pegawai.
Serangan letupan bom kereta di bandar pelabuhan itu juga mencederakan empat yang lain beberapa hari sebelum pilihan raya presiden Mesir dijadualkan berlangsung pada Isnin.
Jeneral Mostafa el-Nemr, ketua pasukan keselamatan Kaherah tidak cedera dalam serangan pengganas yang menyasarkan konvoinya, kata pegawainya dipetik akhar Al-Ahram.
Jurucakap Kementerian Kesihatan Khaled Megahed berkata mangsa yang terbunuh dan cedera di bawa ke hospital tentera di bandar itu.
Gambar yang tersebar menunjukkan kereta hangus terbakar dan asap tebal di kawasan berhampiran jalan Al-Moaskar Al-Romani berhampiran balai polis. – AFP, 24 Mac, 2018.
Komen