HUAWEI Technologies Nepal berkata ia akan membantu membina asas digital untuk Nepal.
Sejak kemasukannya ke Nepal pada 1999, Huawei Nepal menyaksikan perjalanan negara daripada infrastruktur telekomunikasi 2G kepada 4G.
“Kami menyumbang kepada empat bidang utama dalam mendigitalkan Nepal—menyediakan teknologi telekomunikasi optimum, menyokong pelaksanaan tadbir urus digital, mendigitalkan perusahaan dan membangunkan ekosistem bakat digital,” kata Pengarah Perhubungan Awam Huawei Nepal James Zhang.
“Sebagai rakan ICT yang bertanggungjawab, visi Huawei Nepal adalah untuk membolehkan Nepal digital melalui teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan bakat.
“Realisasi Nepal digital pastinya akan menjadi usaha gabungan semua,” katanya kepada Xinhua.
Huawei Nepal bekerjasama dengan ICT Foundation Nepal untuk melancarkan “Digital Nepal Conclave 2023” di Kathmandu pada 23-24 Jun.
“Huawei percaya pengaturan seperti ‘Digital Nepal Conclave’ membantu membina agenda dan persefahaman bersama untuk pencapaian kolaboratif, membantu masyarakat menyumbang lebih banyak,” kata Zhang. – Bernama, 20 Jun, 2023.
Komen