Umat Islam di Thailand sambut Aidiladha pada 29 Jun


Umat Islam di Thailand bakal meraikan Aidiladha pada 29 Jun (Khamis), umum Sheikhul Islam Thailand, Aziz Phitakkumpon. – Gambar fail The Malaysian Insight, 20 Jun, 2023.

UMAT Islam di Thailand bakal meraikan Aidiladha pada 29 Jun (Khamis), umum Sheikhul Islam Thailand, Aziz Phitakkumpon.

“Disahkan anak bulan kelihatan (selepas matahari terbenam pada Isnin). Justeru itu 1 Zulhijah ialah pada Selasa (20 Jun) dan Aidiladha 1444 pula pada Khamis,” katanya dalam satu kenyataan.

Umat Islam di Malaysia juga akan menyambut Aidiladha pada 29 Jun. – Bernama, 20 Jun, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen