Kuwait tubuhkan kerajaan baharu


Pada 7 Jun kerajaan Kuwait yang sebelum ini meletakan jawatan. Kemudian pada 13 Jun dekri diraja dikeluarkan untuk melantik semula Sheikh Ahmad Nawaf Al-Ahmad Al-Sabah sebagai perdana menteri. – Gambar AFP, 19 Jun 2023.

KERAJAAN baharu Kuwait yang diketuai Sheikh Ahmad Nawaf Al-Ahmad Al-Sabah ditubuhkan semalam lapor Xinhua memetik laporan Agensi Berita Kuwait (KUNA).

Kerajaan baharu yang mempunyai 15 menteri termasuk lima muka baharu itu merupakan kerajaan kelima yang dibentuk oleh beliau sejak dilantik sebagai Perdana Menteri pada 24 Julai 2022.

Pembentukan kerajaan baharu itu turut menyaksikan kembalinya Sheikh Ahmad Al-Fahad Al-Ahmad Al-Sabah sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan, manakala Sheikh Talal Khaled Al-Ahmad Al-Sabah kekal sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri I dan Sheikh Salem Abdullah Al-Jaber Al-Sabah kekal berkhidmat sebagai Menteri Luar. 

Pada 7 Jun kerajaan Kuwait yang sebelum ini meletakan jawatan, menurut KUNA.

Kemudian pada 13 Jun dekri diraja dikeluarkan untuk melantik semula Sheikh Ahmad Nawaf Al-Ahmad Al-Sabah sebagai perdana menteri. – Bernama, 19 Jun 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen