SEORANG wanita warga emas di Ecuador yang sebelum ini tular kerana terjaga di dalam keranda ketika upacara pengebumiannya akhirnya dilaporkan meninggal dunia selepas tujuh hari berada di dalam unit rawatan rapi (ICU), kata pihak berkuasa semalam.
Sebuah video yang disiarkan di media sosial minggu lalu menunjukkan Bella Montoya, 76, bangun dan mengetuk penutup keranda selepas menghabiskan lima jam di dalamnya pada 9 Jun lalu.
Selepas kejadian itu Montoya ditahan di hospital di bandar Babahoyo. Dia bagaimanapun disahkan meninggal dunia akibat strok pada hari Jumaat, kata jabatan kesihatan wilayah.
Kementerian Kesihatan mengarahkan siasatan bagaimana dia diisytiharkan mati.
Laporan berita tempatan berkata Montoya mengalami keadaan yang dipanggil catalepsy di mana seseorang kehilangan kesedaran serta badan menjadi kaku. – AFP, 19 Jun, 2023.
Komen