LIMA maut manakala lima lagi mangsa cedera selepas sebuah bas bertembung dengan trak di wilayah utara Jepun, Hokkaido pada Ahad, lapor agensi berita Xinhua memetik pihak berkuasa tempatan.
Panggilan kecemasan yang diterima sekitar tengah hari menyaksikan kemalangan berlaku di bandar Yakumo, Hokkaido.
Bas itu membawa 15 penumpang dan dilaporkan dalam perjalanan ke pusat peranginan mata air panas di bandar Hakodate. – Bernama, 18 Jun, 2023.
Komen