LEBIH 900 perjanjian bernilai 3.8 trilion rubel (kira-kira AS$46 bilion) dimeterai di Forum Ekonomi Antarabangsa St Petersburg (SPIEF) pada Sabtu.
Menurut Anton Kobyakov, penasihat kepada presiden Rusia dan setiausaha eksekutif jawatankuasa penganjur forum itu, 43 perjanjian ditandatangani oleh wakil syarikat asing termasuk firma dari Itali dan Sepanyol, lapor Xinhua.
Disebabkan sekatan anti-Rusia, ramai ahli perniagaan Eropah melawat SPIEF dengan menggunakan nama wakil syarikat dari negara lain, dakwa Kobyakov.
SPIEF ialah forum ekonomi terbesar di Rusia. Forum tahun ini diadakan pada 14-17 Jun. – Bernama, 18 Jun, 2023.
Komen