PM umum keadaan kewangan negara esok, kata Ahmad Maslan


Timbalan Menteri Kewangan berkata Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Anwar Ibrahim dijangka membuat pengumuman pada Isnin berhubung keadaan kewangan semasa negara dan nilai ringgit yang semakin menyusut. – Gambar fail The Malaysian Insight, 18 Jun, 2023.

PERDANA Menteri dan Menteri Kewangan Anwar Ibrahim dijangka membuat pengumuman pada Isnin berhubung keadaan kewangan semasa negara dan nilai ringgit yang semakin menyusut, kata Ahmad Maslan menurut laporan The Star.

Timbalan Menteri Kewangan berkata Anwar akan menghadiri satu acara di Suruhanjaya Sekuriti (SSM) pada tengah hari Isnin (19 Jun) di mana beliau dijadualkan berucap.

“PM akan menghadiri program itu selepas majlis angkat sumpah Yang di-Pertua Dewan Negara yang baharu.

“Saya serahkan kepada beliau untuk bercakap mengenai perkara dasar,” katanya yang dipetik dalam laporan itu hari ini selepas menghadiri satu majlis di Johor Baru.

Ringgit kini turun berbanding dolar AS pada 4.61. – 18 Jun, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen