Temu Anwar di Universiti Malaysia Kelantan Ahad ini 


Perdana Menteri Anwar Ibrahim akan mengadakan sesi Temu Anwar di Dewan Tuanku Canselor, Universiti Malaysia Kelantan, Ahad ini. – Gambar fail The Malaysian Insight, 16 Jun, 2023.

PERDANA Menteri Anwar Ibrahim akan mengadakan sesi Temu Anwar di Dewan Tuanku Canselor, Universiti Malaysia Kelantan (UMK) pada Ahad ini.

Anwar menerusi catatan di Facebook beliau mengajak rakyat negeri itu khususnya anak muda, menyertai serta bertanya soalan pada sesi berkenaan.

“Peserta bebas melontarkan apa juga soalan ketika sesi ini diadakan dan saya akan menjawabnya,” katanya.

Pendaftaran boleh dibuat menerusi laman http://temuanwar.com.

Temu Anwar adalah program dialog anak muda bersiri yang dilaksanakan sejak 2009, bagi memberi ruang kepada setiap lapisan masyarakat terutama anak muda mengutarakan persoalan secara langsung kepada pemimpin itu.

Sejak dilantik Perdana Menteri pada November lepas, Temu Anwar telah diadakan di beberapa negeri seperti Sabah, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur. – Bernama, 16 Jun, 2023.


 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen