Kerajaan Marcel Ciolacu dapat sokongan majoriti Parlimen Romania


Marcel Ciolacu akan mengetuai Kabinet baharu kerajaan Romania yang terdiri daripada dua timbalan perdana menteri. – Gambar AFP, 16 Jun 2023.

KERAJAAN baharu Romania yang dipimpin oleh Marcel Ciolacu memenangi undian pelantikan di Parlimen dengan sokongan majoriti pada Khamis, lapor Xinhua.

Kabinet menerima 290 undi menyokong manakala 95 menentang dalam sesi pleno bersama badan perundangan dwidewan yang mempunyai 465 kerusi. Kerajaan baharu Romania mengangkat sumpah jawatan selepas memenangi undian.

Ciolacu akan mengetuai Kabinet baharu yang terdiri daripada dua timbalan perdana menteri, seorang daripadanya juga menteri dalam negeri dan 17 menteri lain.

Di bawah persetujuan yang dicapai oleh anggota gabungan parti pemerintah yang mengangkat sumpah pada November 2021 negara itu akan menggilirkan perdana menterinya setiap 18 bulan sehingga pilihan raya parlimen akan datang, yang dijangka pada Disember 2024.

Bekas perdana menteri Nicolae Ciuca mengumumkan peletakan jawatannya pada Isnin. – Bernama, 16 Jun 2023.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen