DEWAN Negara Jepun pada Jumaat meluluskan undang-undang mengenai sumber pembiayaan untuk meningkatkan perbelanjaan pertahanan, lapor Sputnik.
Menurut kenyataan Parlimen, meskipun mendapat tentangan daripada pembangkang, undang-undang itu diluluskan kerana parti pemerintah mempunyai majoriti di Dewan Negara.
Undang-undang itu akan menyediakan sumber bukan cukai untuk memastikan peningkatan perbelanjaan ketenteraan.
Kerajaan merancang untuk meningkatkan jumlah perbelanjaan ketenteraan kepada 43 trilion yen (AS$318 bilion) dalam tempoh lima tahun dari 2023 hingga 2027 – pertambahan 17 trilion (kira-kira AS$126 bilion) berbanding perbelanjaan semasa.
Selain itu, dana pembinaan kapasiti pertahanan bakal diwujudkan untuk menyediakan hasil bukan cukai di bawah undang-undang itu.
Sebahagian daripada peningkatan perbelanjaan itu dibayar dengan meningkatkan cukai korporat, tetapi langkah itu ditangguhkan sehingga 2025 kerana ia amat penting, malah dalam kalangan parti pemerintah sendiri. – Bernama, 16 Jun, 2023.
Komen